Thursday, March 7, 2013



Bukan seorang tetapi seluruh rakyat Malaysia mengutuk Naib Presiden PKR, Tian Chua atas kenyataannya yang menganggap kematian 2 orang polis komando di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan menganggapnya sebagai ‘mati katak’.

Namun, bagi empunya badan soal perlu meminta maaf, yang dituntut UMNO dan beberapa pihak, tidak timbul. Jelas Tian Chua lagi beliau bersedia menghadapinya di mahkamah.

Sebelum itu, UMNO menerusi Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mendesak Tian Chua untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkan UMNO dengan isu Lahad Datu, Sabah dan berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti terbesar orang Melayu itu.

Menurut Adnan lagi, segala tuduhan yang dibuat (Tian Chua) adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO.

Ini sekaligus merujuk kepada seluruh orang Melayu sama ada ahli UMNO atau tidak yang berada di Malaysia ini.

Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.


Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang UMNO terhadap Tian Chua.

Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula kelmarin untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap UMNO.

Tengku Adnan berkata, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh UMNO.


Nampaknya, Tian Chua bukan sahaja merosakkan nama dan maruahnya sebagai Ahli Parlimen bahkan secara langsung menggambarkan keburukan imej PKR dan Pakatan Pembangkang di mata masyarakat Malaysia. Inikah parti dan pemimpin yang akan mentadbir negara jika Pakatan Pembangkang menguasai negara selepas PRU-13? Jauhkanlah segera...
Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!