RAFIZI RAMLI MENGGELETAR BILA WARTAWAN TANYA SOALAN KENAPA ANWAR TIDAK SAMAN TRIO DATUK T



Dalam sidang media Rafizi Ramli di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya pada pagi Jumaat, beberapa wartawan cuba bertanya kepada Rafizi Ramli dengan soalan ‘kenapakah sehingga kini Anwar Ibrahim tidak mahu menyaman Trio Datuk T berhubung video seks China Doll?’.

Ternyata soalan itu benar-benar menusuk ke tulang-tulang Rafizi Ramli hingga membuatkan dirinya terpaksa menggeletar dan cuba untuk tidak menjawab soalan itu.

Sebelum ini, Datuk T telah mendedahkan video seks Anwar bersama China Doll yang didakwa tulen sebanyak 99.9 peratus.

Salah seorang trio Datuk, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengulangi dakwaan dalam sidang akhbar bahawa lelaki dalam video China Doll ialah Anwar dan mengatakan mereka bersedia untuk disaman. Namun sehingga kini, tiada sebarang saman diajukan kepada trio Datuk T biarpun telah 2 tahun berlalu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger