RAFIZI PERTAHANKAN ANWAR IBRAHIM DALAM KES PENDEDAHAN VIDEO LIWAT OLEH PAPA GOMO



Penayangan video terbaru yang mirip Anwar Ibrahim oleh blogger Papa Gomo pada petang Khamis lepas sangat mengujakan ramai pihak termasuklah Rafizi Ramli sehingga mengadakan sidang akhbar bagi mengaibkan Papa Gomo berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mereka buat terhadap blogger itu.

Mereka berasakan pendedahan video terbaru itu akan menggugat mereka (PKR) untuk menuju ke Putrajaya dan membawa Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Hebat sungguh Papa Gomo yang kini ‘setaraf’ dengan Anwar Ibrahim cumanya Papa Gomo tidak kepingin untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

Desas-desus mengatakan blogger Papa Gomo pada selepas Sembahyang Jumaat semalam telah diserang hendap oleh satu kumpulan yang dipercayai diupah puak-puak Anwar Ibrahim dan PKR. Hasilnya, Papa Gomo mengalami kecederaan ringan dan mendapat 5 jahitan.

Akibat sudah semakin dibogelkan, Anwar kini telah menggunakan perbuatan kasar terhadap musuh politiknya selain daripada saman RM100 juta.

Sidang akhbar yang dibuat Rafizi selain daripada mempertahankan bosnya Anwar Ibrahim ia juga dijadikan medan untuk mengaibkan blogger Papa Gomo hasil daripada penyelidikan mereka.

Bermula dengan mengaitkan Papa Gomo dengan sejarahnya semasa berkhidmat sebagai anggota polis dulu dan namanya tercatat serentak sebagai pengundi biasa dan pengundi pos (atas kad polis).

Kesimpulannya Rafizi hendak mengajak seluruh rakyat agar jangan percaya langsung pada pendedahan Papa Gomo tentang bos besarnya, Anwar kerana dia mempunyai latar belakang yang 'tercalar'.

Bagi Papa Gomo isu yang didepan mata sekarang ialah pendedahannya tentang seorang pembesar pembangkang yang dia dakwa mempunyai aktiviti moral yang sangat menjijikkan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger