PI BALA MATI SYAHID! ANWAR DAN PAKATAN PEMBANGKANG RATAPI PEMERGIANNYA



Ahli-ahli PKR dan Pakatan Pembangkang termasuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ‘menangisi’ pemergian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih mesra dikenali Pi Bala selepas serangan jantung di sebuah restoran bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, sebelum meninggal dunia, beliau telah meninggalkan wasiat terakhirnya apabila sempat ditemubual secara eksklusif Malaysiakini (akhbar paling bangang di Malaysia). Dalam temubual itu, Pi Bala sempat menceritakan penyakit yang dihidapinya dengan mengatakan tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Pembangkang menjelang PRU-13.

Jika ramai masih ingat, Pi Bala ini yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam membuat dua (2) akaun bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Akaun itu dikatakan palsu.

Menceritakan detik kematiannya, Pi Bala telah mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30 petang. Beliau kemudiannya bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

Sememangnya pemergian Pi Bala sangat dirasai Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim kerana beliau mastermind dalam mencorakkan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya.

Nak tunggu juga apakah PAS akan keluarkan fatwa mengatakan Pi Bala ni mati syahid?
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 15, 2013 at 8:08 PM

UMNO rasuah malaikat untuk cabut nyawa Bala
Rafizi ada video dan akan buat press conference mendedahkan segalanya

Anonymous
March 15, 2013 at 8:49 PM

BERTAMBAH TAKUT LA ANWAR NAK BERSUMPAH JUNJUNG AL-QURAN!!

gen2felda

Anonymous
March 15, 2013 at 8:57 PM

BALA TELAH MATI SYAITAN. ITULAH NASIBNYA KERANA SETAN DARI NERAKA JAHNNAM TELAH MEMANGGILNYA. TETAPI PAKATAN RAKYAT MENGATAKAN BALA MATI SYAIDDDDD????? APA CERITA PAKATAN INI? DAH BENGGONG KER TIDAK KENAL ANTARA ISLAM DAN KAFIRRRR. SELAKU AHLI PAS KAMI AKAN PASTIKAN PAS TUMBANG DALAM PILIHARNAYA KALI INI. CUKUPLAH KAMI DITIPU TANPA SEGAN SILU OLEH TOK GURU NIK AZIZ. TAKBIR ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger