PERGOLAKAN DAP SARAWAK CETUSKAN KERETAKAN TERBARU PAKATAN PEMBANGKANG



Pemecatan 6 orang ahli DAP Sarawak Cawangan Miri secara jelas menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap calon pilihan parti itu, membuktikan tiadanya persefahaman dalam membuat keputusan.

Pemecatan itu ahli-ahli DAP itu menunjukkan tiadanya perpaduan di kalangan anggota parti itu semasa membuat keputusan untuk menentukan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU-13 akan datang ini.

Hanya kerana tidak menyokong calon pilihan ‘parti’ maka jalan terbaik bagi mereka yang menentang ialah dipecat. Inilah demokrasi DAP yang diamalkan sebelum ini. Pecat ahli yang tidak bersetuju dengan suara majoriti parti.

Sebelum ini,  Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengambil tindakan memecat enam ahli DAP Sarawak Cawangan Miri, berkuat kuasa serta-merta kerana mengingkari pucuk pimpinan parti negeri dan berulang kali mencemarkan imej parti serta calon parti.

Mereka yang dipecat antaranya Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Miri Ting Mee Hiong, Setiausaha Hal Ehwal Wanita Cawangan Piasau Lim Lan Hua, Wong Keng Tiong, Violet Lee Pak Hap, Lee Yun Li dan Paul Wong Sie Yiing dari Cawangan Senadin.

Tindakan disiplin terhadap mereka diambil selepas keenam-enam ahli terbabit telah berulang kali melakukan protes secara terbuka terhadap keputusan jawatankuasa parti mencalonkan Lim Su Kien sebagai bakal calon DAP untuk kerusi Parlimen Miri pada PRU13 kelak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger