PENYOKONG ANWAR MULAI GEMBIRA DENGAN KENYATAAN BAPA SAIFUL



Sebaik sahaja selepas sidang media tertutup bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul membuat sidang media tergempar dan tertutup di sebuah apartment di Tingkat 27, berhampiran Taman Melati, Kuala Lumpur, ramai di kalangan penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang bersorak gembira dan memenuhi ruang media sosial seperti facebook, blog dan twitter.

Anwar Ibrahim tidak bersalah! Dan bermacam lagi terjemahan penyokong Anwar dan Pakatan Pembangkang dengan hujahan yang tidak berasas dan bersandarkan pandangan peribadi.

Menurut sumber terdekat dengan keluarga tersebut menyatakan, satu pergaduhan besar tercetus ekoran tindak tanduk Azlan Mohd Lazim sendiri. Pergaduhan anak beranak serta beberapa tuntutan kehendaknya tidak dipenuhi, membuatkan Azlan Mohd Lazim berpaling kepada Johari Abdul yang telah berjanji untuk membayarnya RM1 juta sekiranya dia membuat U-TURN.


Secara fakta, bapa Azlan Mohd Lazim hanya muncul apabila berita tentang Saiful Bukhari diliwat mulai diketahui. Azlan yang diketahui mempunyai hutang keliling pinggang cuba mengambil kesempatan bagi meraih duit mudah. Berharap agar Najib Razak membuat bayaran kerana punggung anaknya dikatakan boleh menjatuhkan Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim berang apabila tuntutannya tidak dilayan.

Sehingga artikel ini ditulis, Saiful Bukhari masih lagi berpegang kepada dakwaannya bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah keputusan perbicaraan juga menunjukkan terdapat banyak bukti yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari. Bagaimanapun, ‘MASALAH TEKNIKAL’ sekali lagi menyelamatkannya daripada dihukum.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 9, 2013 at 8:58 AM

macam-macam.......soal maruah pun d main-mainkan....dunia - dunia......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger