PENGERUSI PKR SARAWAK BARU BIAN PERLEKEHKAN MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG



Disebabkan tiada isu yang boleh menganggu-gugat BN khususnya di Sarawak, Pakatan Pembangkang menerusi PKR telah mendakwa kerajaan BN telah mencuri idea mereka dalam mengutarakan ‘negara berkebajikan’ dengan merujuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pelaksanaan gaji minimum dan pengurangan harga kereta.

‘Negara Berkebajikan’ menjadi agenda dan matlamat Pakatan Pembangkang dalam menghadapi PRU-13 biarpun menyedari peluang itu tipis kerana pakatan itu diselubungi pelbagai isu moral pemimpinnya dan masalah dalaman termasuklah tiada kesepakatan dalam pembahagian kerusi.

Tidak keterlaluan Baru Bian mengatakan pemberian BR1M yang dilaksanakan Kerajaan BN bermula tahun 2012 itu dikatakan diambil daripada dasar Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP.

Apakah Baru Bian sudah lupa bahawa pemberian wang daripada Kerajaan Pulau Pinang kepada fakir miskin dan orang tua mendapat bantahan penduduk Pulau Pinang sendiri kerana dikatakan sumber wangnya ‘haram’. Difahamkan juga wang pemberian Lim Guan Eng telah dikembalikan.

Apapun alasan Baru Bian berkenaan Manifesto Pakatan Pembangkang, rakyat sewajarnya tidak harus mempercayainya kerana pembangkang sebelum ini pernah mengatakan MANIFESTO BUKAN JANJI. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 16, 2013 at 2:10 PM

Ya laa,BN tolong tunaikan janaji PR yg tak pernah tunai janji,apa salahnya.

Anonymous
May 9, 2013 at 7:48 PM

Baru menang tipis DUN dah berlagak orang dah jadi menteri pun tak belagak begitu rupa.Akibat terlalu tamak akhirnya kalah teruk padan muka.Laku sangatlah orang ulu tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger