PAS TAKUT KALAH JIKA PARLIMEN KERAJAAN LAMBAT BUBAR PARLIMEN



Ketika rakyat bersedia mengenai kematian pejuang negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, PAS pula masih sibuk dengan ceramah politiknya siang dan malam.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam Jelajah Treler PAS di Johor Bahru menyuarakan kebimbangan Pakatan Pembangkang jika Kerajaan melambatkan pembubaran Parlimen berikutan konflik di Lahad Datu.

PAS yang sememangnya tidak sabar menunggu pembubaran Parlimen mengakui inilah masa yang sesuai untuk ke Putrajaya bersama dengan DAP dan PKR biarpun menyedari peluang itu sangat tipis akibat permasalahan, isu dan kontroversi.

PAS telah menunggu selepas sambutan Cap Goh Meh untuk bubar Parlimen, tetapi sehingga sekarang masih belum ditunaikan. Sambil menemplak Kerajaan supaya nak tunggu sampai bila lagi?

Mengambil kira Johor yang mana DUN akan bubar pada 21 Mac 2013 ini. Dan, sehingga kini masih belum ada sebarang tanda akan berlakunya pembubaran Parlimen.

Dengan asas itu, Salahuddin Ayub menuduh Kerajaan BN takut berdepan dengan Pakatan Pembangkang dan sebab itu melengah-lengahkan pembubaran Parlimen.

Jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan  mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan, tegas Salahuddin Ayub lagi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger