PAKATAN PEMBANGKANG LUBOK FITNAH



Sebagai sebuah kerajaan adalah wajar BN menjelaskan kepada rakyat fitnah-fitnah yang telah dilontarkan Pakatan Pembangkang terhadap pemimpin BN dan rakyat demi mendapatkan kuasa.

Susulan itu, Pemuda BN telah melancarkan kempen Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang atau dikenali sebagai 'Gempak' bagi mendedah dan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap BN.

Untuk itu, Pemuda BN akan mengumpulkan sebanyak mungkin fitnah atau pembohongan yang dilakukan pembangkang sejak dahulu sehingga kini dan akan menjelaskannya kepada rakyat, berserta bukti melalui risalah dan kaedah siber seperti laman sosial Facebook, Twitter dan e-mel.

Biar rakyat mengadilinya dan berusaha menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar supaya tidak berterusan mempercayai fitnah yang dilemparkan pembangkang. Ini pastinya akan mengemparkan Pakatan Pembangkang yang kini dilihat tidak bersepakat dalam sesuatu isu.

Untuk itu, Pemuda BN akan mendedahkan cara fitnah yang dilakukan gabungan parti pembangkang, antaranya di bawah tajuk 'memalsukan dokumen', 'menipu imej', 'lagak biadap' dan 'bongkak' serta 'Janji Mungkiri Janji (JAMUNJI)' yang tidak ditunaikan gabungan parti pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kempen itu adalah selari dengan tindakan Pakatan Pembangkang yang sering mengamalkan politik fitnah sehingga berjaya membuatkan rakyat khususnya pengundi muda dan pengundi atas pagar terpengaruh.

Ingat Pakatan Pembangkang (DAP, PAS dan PKR) Ingat Fitnah
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger