PAKATAN PEMBANGKANG KEMPUNANN DR ASRI SAHKAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU-13



Desas-desus mengatakan kedua-dua pihak sama ada BN mahupun Pakatan Pembangkang akan memancing bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk bertanding dalam PRU-13 tidak kesampaian apabila empunya badan mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU-13 dan menyertai mana-mana pihak.

Menurut Asri, beliau lebih selesa berada dalam kedudukan sekarang dan menjadi pengkritik sama ada kepada kerajaan BN mahupun Pakatan Pembangkang.

"Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata Asri lagi.

Selain beliau, beberapa pihak terlibat dalam 'kumpulan pemikir' ini, yang akan bertindak memberi pandangan kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

"Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," katanya lagi.

Selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Asri pernah ditawarkan sebagai calon oleh Ketua Pembangkang bagi mewakili PKR dan Pakatan Pembangkang.

Dengan keputusan Asri ini ternyata menggusarkan Pakatan Pembangkang untuk menarik seberapa ramai golongan profesional menyertai mereka dan dalam masa yang sama ramai di kalangan golongan ini bertindak keluar parti dan menyertai BN.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger