PAKATAN PEMBANGKANG ALU-ALUKAN ANWAR BERTANDING DI SELANGOR DAN PERAK



Jika berasakan bertanding di Parlimen Permatang Pauh akan kalah, Pakatan Pembangkang Selangor mengalu-alukan kehadiran Anwar Ibrahim ke Selangor untuk bertanding dalam PRU-13 bagi meneruskan kelangsungan politiknya yang kini sedang menuju ke hujungnya.

Selain di Selangor, Pakatan Pembangkang Perak juga mengalu-alukan kehadiran Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak.

Dengan bertanding di Selangor dan Perak akan membuatkan BN khususnya Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi BN.

Sebagai Ketua Umum PKR dan berkedudukan di atas, Anwar Ibrahim bebas untuk memilih di kawasan dan negeri mana yang beliau akan tandingi.

Menurut Suhaimi, kesemua 11 kawasan Parlimen di negeri Selangor itu ‘selamat’ untuk dimenangi PKR. Antara kawasan itu, Sabak Bernam, Pandan, Hulu Selangor, Selayang, Gombak dan Petaling Jaya Selatan.

Bagi Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, kehadiran Anwar di Selangor bakal memberi suntikan dan melonjakkan lagi semangat perjuangan Pakatan Pembangkang untuk mengekalkan pentadbiran di negeri itu.

"Beliau seorang pemimpin berkarisma dan berwibawa. Sama seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), beliau (Anwar Ibrahim) sanggup tinggalkan kawasan sendiri untuk bertanding di kawasan ‘bahaya’ demi parti.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 21, 2013 at 3:10 PM

AYAT BODEK NG SUEE LIM..PADAHAL DLM HATI DIA CKP..BODO PUNYA MELAYU..ANWAR BODO..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger