NIK AZIZ – “SAYA MAHU TANDING PRU SAMPAI AKHIR HAYAT”



Walaupun didesak oleh kebanyakan pemimpin PAS dan rakyat Malaysia agar berundur daripada arena politik namun empunya badan, Nik Aziz enggan mendengar malah tetap dengan pendiriannya bahawa beliau akan tetap bertanding dalam PRU hingga ke akhir hayat biarpun terpaksa berkerusi roda dan diusung.

Dendam kesumatnya terdapat UMNO tidak pernah padam biarpun sampai ke liang lahat. Atas sebab itu selagi hidup ini beliau akan terus membenci UMNO dan BN biarpun bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, jelas Nik Aziz lagi beliau akan berundur daripada politik sekiranya PAS tidak memerlukannya lagi manakala bagi pilihan raya umum ini, PAS Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding. Persoalannya sekarang, siapakah ‘parti’ yang boleh mengarahkan Nik Aziz supaya berundur???

“Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding walaupun saya berkerusi roda, saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah”, luah Nik Aziz.

Mengambil kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang meminta Nik Aziz bertanding dalam PRU-13 sejak dua tiga bulan lepas lagi.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar selama 22 tahun manakala di peringkat PAS Pusat, beliau menjadi Mursyidul Am Pas sejak tahun 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan ramai pihak mengkritik dan meminta beliau berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun Nik Aziz tidak pernah mempedulikan kritikan itu.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 25, 2013 at 7:44 PM

betul ker..kalau betul sah Pok Nik ni penipu......tapi sayang gak kalau bersara ,,,sayang oooo ...tengok laaa gambar tuuu ...lelappp

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger