NIK AZIZ AKUI SENDIRI DAP SEBUAH PARTI JAHAT



Ini bukan kenyataan daripada pemimpin UMNO mahupun BN, tetapi keluar sendiri daripada mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan DAP itu sebuah parti yang jahat.

Memberikan alasan bahawa tidak salah berkawan dengan ‘orang jahat’ (DAP) asalkan berniat memberi kesedaran Islam kepada mereka. Apakah keinsafan yang telah dilakukan PAS ke atas DAP dalam memperjuangkan Islam? Isu kalimah Allah sehingga kini tidak selesai disebabkan kegagalan Nik Aziz dan PAS dalam ‘mengislamkan’ Karpal Singh tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Demikian juga dengan sikap pemimpin PAS sendiri seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri yang bermulut celupar dengan mengatakan penerima BR1M umpama binatang dan bodoh. Apakah ajaran Islam sendiri pernah melabelkan orang-orang yang menerima bantuan sebegitu rupa? Jelas kenyataan kedua-dua ‘ulama’ itu bersifat dengki dan marah kepada Kerajaan BN atas inisiatif yang telah diterima ramai pihak.

Tegas Nik Aziz lagi, DAP adalah ‘kawan’ yang perlu disantuni PAS bertujuan memperbetulkan dan memberi nasihat kepada kelompok (kaum Cina) itu. Akibat daripada terlalu disantuni maka DAP sanggup memijak kepala PAS dengan mempermainkan isu agama sehingga membuatkan PAS sendiri terperangkap.

“Berkawan dengan PAS, insya-Allah PAS akan beritahu tentang Islam, syurga begini, neraka begini. Dia hendak dengar atau tidak, peduli apa. Paling penting, tujuan kita berkawan untuk baiki dia (DAP).

Tetapi, hingga sekarang DAP pula yang naik atas kepala PAS dan PAS terpaksa tunduk dengan desakan DAP.

Seperti biasa tanggapan Nik Aziz terhadap parti UMNO tidak pernah berubah biarpun beliau sendiri sedar dan mengakui UMNO adalah parti memperjuangkan Melayu dan Islam yang telah diterima di Malaysia sejak 55 tahun lalu.

Pendekatan Islam yang tidak radikal yang ditunjukkan UMNO dari dahulu hingga sekarang sangat diterima ramai berdasarkan Islam yang sebenarnya. UMNO tidak pernah menyamakan Islam dan politik biarpun kedua-duanya saling berkait. Berbeza dengan PAS yang secara terang mempergunakan nama Islam demi kepentingan politiknya.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
March 2, 2013 at 10:11 AM

Tak masuk akal...tetap berkawan dengan puak jahatA utk kononnya nak didik puak jahatA supaya jadi baik....tetapi kenapa puak yang dikatakan kononnya jahatB dia tak lakukan perkara yang sama...memang sesat punya tok lebai kampung

Anonymous
March 2, 2013 at 10:23 AM

Elok la tuh..sejak berkawan dgn puak jahat yg ke'syaiton'an mmg terserlah kini N ajis dan PAS yg lebih SYAITON dari syaiton yg ada...

Maki hamun, rekayasa fitnah malah menipu, menyonglap wang amanah sgl mak nenek kemungkaran kini ada dlm PAS....malah peliwat, penzina, pemakan wang anak yatim, penyonglap wang amanah sgl macam pe....diangkat mnjadi pemimpin dlm PAS..

PAS = parti anutan SYAITON....

Anonymous
March 2, 2013 at 10:37 AM

Tok lebai kampung ni sangat naif. Budak Mat kampung dia tu bolehlah buat cam tu. mungkin juga dia berubah. Tapi, Kapal, Lagi Gigit Enak, Lagi Kunci Syok, AI (Artificial Intelligent) mana boleh. Orang bernetworking International! Mimpi syoklah Tok Lebai Kampung ni.

March 2, 2013 at 11:02 AM

Kalo nak berkawan, carilah org yg baik. Lama2 kita akan menurut kebaikannya.

Anonymous
March 19, 2013 at 12:53 PM

Bila la nak mampos orang tua nyanyuk niiiiii...aku tengok muka dia pun dapan dosa, kawan2 kat luar sana nanti jangan terkejut, kat akhirat nanti entah2 Dato Najib masuk surga Nik Aziz melolong dalam neraka sebab kat dunia keja dia dok jilat jubo cina... BODOH PUNYA MENTERI BESAR...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger