Wednesday, March 6, 2013


Seorang daripada anggota polis yang terkorban di Semporna, Sabah, Mendiang ASP Michael Padel, 36, dikebumikan pada hari ini di perkuburan Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya. Keputusan kerajaan Sarawak membenarkan mendiang dikebumikan di Makam Pahlawan adalah disebabkan keberaniannya mempertahankan negara daripada pencerobohan Sulu.

Mendiang merupakan anggota polis pertama yang dikebumikan di Makam Pahlawan dengan sebelum ini hanya pejuang-pejuang tentera yang bersemadi di situ.

Terdahulu, sebelum pemergian di Lahad Datu, mendiang pernah berpesan kepada rakan-rakan serta anggota keluarganya supaya berdoa kepadanya. Mendiang meninggalkan balu Jabah Mingku, 34, dan seorang anak lelaki Maxluei, 11.

Michael merupakan satu-satunya anak lelaki dan juga bongsu daripada tiga beradik, selain Vivian, 42, dan Collet, 39.

Mendiang kehilangan ayah sejak kecil, yang meningal dunia akibat kanser pada 1983 dan hanya dibesarkan oleh ibunya, Elizabeth Inat Rau, 62.

Pemergian mendiang amat dirasai ibunya, Elizabeth yang kali terakhir menatap wajah anak kesayangannya itu pada sambutan Gawai tahun lepas.

Namun dia reda menerima kenyataan sedemikian dan mendoakan agar roh mendiang dirahmati Tuhan.


Bagi rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, pemergian Michael Padel dianggap sebagai wira negara. Sebagai rakyat Sarawak, kami amat berbangga dengan pengorbanan yang ditunjukkan beliau demi mempertahankan negara.
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!