MAT SABU DI BOOO PENDUDUK IBAN SIBUTI



Ketika rakyat Malaysia meratapi kematian 8 pejuang negara yang terkorban dalam insiden berdarah menentang pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, pemimpin PAS pula sibuk dengan aktiviti politiknya yang langsung tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Pada 8 Mac lepas, sekumpulan ahli-ahli PAS yang diketuai Timbalan Presiden, Mat @ Mohamad Sabu telah berkunjung dan menyampaikan ceramah politik di kawasan Parlimen Sibuti. Difahamkan calon PAS akan mewakili Pakatan Pembangkang dalam menentang calon BN-PBB dalam PRU-13 biapun sebelum ini kawasan Parlimen Sibuti ini menjadi rebutan antara PAS dan PKR.

Andaian bahawa kehadiran Mat Sabu atau orang lebih mengenalinya dengan panggilan Mat Komunis ke Pekan Batu Niah bagi menghadiri Ceramah Perdana tidak mendapat sambutan hangat sebaliknya hambar. Dengan sasaran seramai 2,000 orang tetapi yang hadir hanya sekitar 200 orang termasuk kumpulan ahli-ahli PAS Sibuti dan Miri.

Sebaliknya Ceramah Perdana itu hanya layak dipanggil Ceramah DI Kedai Kopi. Mereka hanya bercakap sesama sendiri di kalangan ahli-ahli mereka sahaja dan tidak melibatkan penduduk di kawasan itu.

Menurut salah seorang penduduk, mereka menolak kehadiran pemimpin PAS daripada Semenanjung disebabkan mereka banyak bersandiwara dan berlakon. Tidak pernah mengotakan janji sebaliknya hanya berjanji manis di mulut sahaja.

Seperti biasa, isu yang cuba diketengahkan Mat Sabu dan PAS hanyalah tukar kerajaan kerana tiadanya pembangunan di Sarawak (apakah benar Sarawak tidak membangun?), isu memperlekehkan perjuangan anggota polis yang terkorban dan sedang menjalankan tugas, dan menuduh UMNO telah berjanji dengan pihak Sulu sehingga berlakunya pencerobohan.

Sementara itu calon PAS yang mudah dikenali sebagai Robby telah meminta penduduk dan pengundi di Sibuti untuk mengundinya semasa PRU-13 akan datang. Lebih mengejutkan Robby telah mendakwa pernah menghidap kanser hingga menyebabkan kepalanya botak.

Untuk itu, sewajarnya Robby mengikut langkah Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng untuk tidak bertanding dalam PRU-13 dengan mengutamakan kesihatan. Jika tidak, past akan berlakunya Pilihan Raya Kecil jika Robby dan PAS menang dalam PRU-13 di kawasan Parlimen Sibuti. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 12, 2013 at 9:09 PM

Terbaiik tuan!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger