LAGI PEMIMPIN PKR PERLEKEHKAN POLIS DI RAJA MALAYSIA



Tidak cukup dengan Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, PKR menambah koleksi pemimpinnya yang celupar dan memperlekehkan peranan polis dengan kali ini giliran ‘Ustaz’ Khalwat yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Semua ini gara-gara tweet yang dihantar Dr. Badrulamin Bahron dalam twitternya @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Kenyataan terbaru pemimpin PKR jelas menggambarkan keseluruhan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang tidak menghormati peranan polis dalam menjaga keselamatan awam dan negara.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.


"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara.

Lihatlah bagaimana biadapnya pemimpin PKR yang dipimpin Wan Azizah dan dibantu Azmin Ali dengan penasihatnya Anwar Ibrahim. Jika masa kini memperlekehkan peranan pasukan polis, bagaimanakah pula apabila memerintah negara nanti? Selama ini, polis sering dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang dalam ceramahnya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger