LAGI AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI AKIBAT VIDEO TERBARU ANWAR



Di kala dituduh Anwar Ibrahim tidak mengaku bahawa lelaki mirip dirinya dalam video terbaru bersama seorang lelaki itu bukan dirinya tanpa menegaskan sebarang bukti kini semakin ramai ahli-ahli PKR keluar parti dan sertai BN.

Terbaru seramai 291 ahli PKR kawasan Hulu Selangor bertindak keluar parti dan sertai BN dengan alasan yang logik kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu terutama Anwar Ibrahim.

Selain disaluti pelbagai kontroversi, PKR yang bersepakat dalam Pakatan Pembangkang juga tidak dapat menyakinkan kerana Pakatan itu kini seolah-olah dipimpin DAP.

Kisah PRU 2008 kembali menghantui bekas-bekas ahli PKR yang ternyata kesal apabila mengenang termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 untuk mentadbir negeri Selangor.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

"Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Apa pula yang telah dilakukan oleh pemimpin PKR terhadap ramai lagi rakyat Selangor selepas PRU 2008. Kezaliman!!! Atas sebab itu rakyat Selangor harus bangkit menentang kezaliman PKR dan Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger