KENYATAAN AKHBAR PEMUDA PBB SARAWAK DAN PERKARA PELIK VIDEO GLOBAL WITNESS ON TAIB



Di kala penyebaran video ciptaan Global Witness bagi mencemar dan menjatuhkan nama baik Ketua Menteri Sarawak, ada di kalangan rakyat Sarawak terus menerus ‘mempercayainya' tanpa sebarang kajian terperinci sekaligus mengundang permasalahan.

Tidak ketinggalan ada sesetengah pegawai kerajaan Negeri Sarawak yang mempercayai tanpa merujuk dan berfikir secara waras. Ini kerana video tersebut mengundang 1001 persoalan yang mencurigakan.

Malah ada beberapa pemimpin PBB membuat ulasan terus mengenai kandungan video itu tanpa merujuk kepada keseluruhan video itu dengan mahu merujuk kepada undang-undang. Ini suatu perkara yang dirasakan tidak wajar kerana pemimpin PBB ini menjawab lebih kepada pandangan mereka tanpa merujuk kepada yang dituduh.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda PBB Sarawak yang telah terus memberikan kenyataan akhbar berhubung penayangan video itu di dalam Youtube. Namun, ia tidak dapat mengurangkan pandangan serong rakyat terhadap kandungan video itu. Sewajarnya, kenyataan akhbar itu dibuat secara bersama (exco-exco Pemuda PBB) dan Ketua Pemuda bagi menampakkan kesepakatan.


Bagi rakan-rakan bloggers khususnya Bloggers Anak Sarawak seperti Keadilan X SarawakSarawak kolok Mee dan MelanauBlogger™ yang mengetengahkan tentang persoalan-persoalan pelik dan meragukan yang boleh dipertikaikan dalam video tersebut.

1. Apakah mudahnya seorang asing (orang putih) yang tidak dikenali latar belakangnya datang ke pejabat Kerajaan Negeri Sarawak dan menyatakan hasrat untuk melabur sehingga terus diminta berjumpa dengan sepupu dan keluarga Ketua Menteri Sarawak?


Sedangkan rakyat Sarawak sendiri mahupun adik beradik atau keluarga hendak berjumpa dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terpaksa melalui prosedur. Nampak sangat ini menimbulkan banyak persoalan? Atau, ini perbuatan orang dalam?

2. Bayangkan Fatimah boleh bercakap banyak perkara tentang adik-beradik dan keluarga Ketua Menteri Sarawak dengan begitu mesra dengan 'stranger' (penemubual) yang ingin membuat perbincangan mengenai pelaburan? Ramai pula yang mengatakan Fatimah ini sudah lama tidak berhubung dengan Pehin Sri biarpun dalam tersebut menampakkan seolah-olah mereka ini mesra?


3. Bayangkan untuk mengadakan 'perbincangan' perniagaan yang melibatkan jutaan ringgit seperti ini, Norlia sebagai seorang shareholder boleh datang kemudian dan tidak dibawa berbincang dari awal atau secara bersama? Mungkinkah dia menunggu di luar bilik supaya kelihatan lebih dramatik mengikut skrip? Kemungkinan itu ada!!!


4. Bayangkan seorang prominent lawyer seperti Alvin boleh mendedahkan banyak perkara sulit tentang pelanggannya kepada "stranger" tanpa sedikit pun rasa curiga dan ragu-ragu malah dengan body languageyang begitu santai dan mesra? Inikah yang dinamakan sebagai perbincangan formal?


5. Juga, bayangkan Huang Ling, seorang lawyer boleh semudah dan sebodoh itu untuk mendedahkan hubungan Pehin Sri Taib dengan sepupunya kepada "stranger" dalam sebuah bilik yang suram? Biasanya orang yang mempunyai tujuan tertentu dan jahat sahaja yang membuat perkara sedemikian.

6. Bayangkan seorang "pelabur" bebas bertanya pelbagai soalan yang tidak relevan seperti seorang wartawan tanpa sedikit pun dicurigai? Apakah ini dinamakan perbincangan pelaburan?

Pada asasnya banyak lagi persoalan yang boleh dikaitkan terhadap video itu memandangkan ianya dicipta dan dikeluarkan menjelang PRU-13. Malah, di Semenanjung Malaysia, video ini telah dijadikan bahan kempen Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam mencemarkan nama dan reputasi Pehin Sri Taib.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
March 24, 2013 at 2:39 PM

inilah dia sandiwara namanya

Anonymous
March 24, 2013 at 3:23 PM

taib mahmud harus berundur. rakyat tidak benci BN tp taib mahmud

Anonymous
March 24, 2013 at 4:25 PM

Dah 30 tahun pun tak puas2 lagi ke...

Anonymous
March 24, 2013 at 11:55 PM

BETUL3X.

Anonymous
March 26, 2013 at 10:39 AM

dah semua suku sakat dia kaya, cukup2 la isap darah rakyat...ujung2 mati juga masuk neraka.... sekarang OK la... neraka menanti You!!... You!!...
tanya lah rakyat2 yang hilang milik tanah nya....

Anonymous
April 13, 2013 at 11:57 AM

Nak tahu dalangnya tanyalah Alvin Chong n Hua Ling.Interview juga kedua2 anak Tun Rahman.Mereka kan tahu siapa org putih tu.Siapa "introduce" mereka kpd pelabur tersebut? Kalau si pelabur tu berjaya masuk pejabat Ketua Menteri tentulah pegawai front line tahu gerangan org putih tu.Mustahil org putih tahu nak buat contact dgn Nora,Alvin n HuaLing tanpa org tengah.Siapa org tengah/introducer?tanyalah n siasat.Menafikan fakta tanpa bukti tak dpt menyembunyikan kebenaran.PBB perlu siasat.Rakyat berhak mendpt penjelasan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger