DISEBALIK PENGKHIANATAN ANWAR IBRAHIM KE ATAS SABAH DALAM INSIDEN BERDARAH LAHAD DATU



Seorang hero (Tian Chua) dan seorang lagi heroin (Nurul Izzah Anwar) PKR dan Pakatan Pembangkang. Mereka ini diibarat sebagai ‘tiada kemaluan’ apabila dengan sedar dan logik akal merendahkan perjuangan pasukan keselamatan negara mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan pengganas.

Ketika pemimpin negara menanganinya dengan cara diplomasi dan diplomatik, manakala pasukan keselamatan seperti polis dan tentera mempertahankan diri dengan berdepan ancaman peluru dan bom, parti politik pembangkang tergamak memperlekehkan perjuangan mereka.

Kedua-dua pemimpin PKR ini dengan bongkaknya mempersendakan perjuangan pasukan keselamatan tanpa memperdulikan nasib keluarga anggota yang cedera dan yang telah meninggal dunia. Semua ini angkara kepentingan politik sempit dan menuju Putrajaya.


Portal berita MyMassa telah berjaya menyediakan entri dan susunan berangkai bagaimana penglibatan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR dan calon Perdana Menteri itupun jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

16.7.2012 – Anwar Ibrahim berjumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan dikatakan melebihi 1 jam.

17.7.2012 - Anwar Ibrahim sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan tersebut berlangsung kurang 1 jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. (Inilah permainan Anwar Ibrahim menyogok pemimpin BN dengan wang)

12 hingga 13.10.2012 - Anwar Ibrahim ke Lahad Datu yang mana turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram (pengganas Sulu).

18.10.2012 - Anwar Ibrahim sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. (Membincangkan dengan lebih detail pelan yang dipersetujui)

2.11.2012 - Anwar Ibrahim mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" dalam setiap ceramah PKR dan Pakatan Pembangkang di Sabah.

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar Ibrahim sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" dalam ceramah Pakatan Pembangkang di Sabah.

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" apabila memperincikan lagu tersebut dengan merujuk kepada pergolakan yang berlaku di Sabah.

7.2.2013 – Anwar Ibrahim menghantar Tian Chua dan R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar Ibrahim turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar upah oleh seseorang (Siapakah mereka?. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, iaitu merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA (Seolah-olah sudah dirancang)

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kampung Tandou dan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu. Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. Anwar Ibrahim berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar Ibrahim berharap PRU-13 hanya akan diadakan di Semenanjung. Pada hari yang sama Anwar Ibrahim menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar Ibrahim membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. Nur Misuari dalam FB nya menyatakan kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar Ibrahim!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali mengakui Anwar Ibrahim memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar Ibrahim mengaku ada menemui Nur Misuari!

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

Apakah Anwar Ibrahim akan cuba untuk terus menafikan pembabitannya dalam kejadian berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim wajar diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger