DI MANAKAH LAGAKNYA CYBERTROOPER BN SARAWAK YANG PERTAHANKAN PEHIN SRI TAIB MAHMUD?



Misi utama Cybertrooper BN sama ada blogger, facebooker mahupun empunya twitter ialah mempertahankan BN dan pemimpinnya daripada terus difitnah. Mereka ini telah dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu bagi menangani pelbagai isu termasuklah isu fitnah, tetapi di manakah mereka (cybertrooper) semasa insiden fitnah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam video terbitan Global Witness?

Sebaik sahaja insiden video Global Witness itu diupload ke dalam Youtube, ramai di kalangan rakyat Sarawak terpengaruh termasuklah cybertrooper sendiri. Malah fitnah daripada video itu semakin menjadi-jadi dan mendapat perhatian rakyat biarpun Pehin Sri Taib telah menafikan penglibatannya pada petang itu (Rabu) juga menerusi keprihatinan seorang wartawan bebas yang mana videonya telah diuploadkan.


Seharusnya pada ketika ini Cybertrooper BN Sarawak yang dikatakan mempunyai ramai ahli dan kekuatannya di seluruh pelusuk bahagian di Sarawak dengan pelbagai ilmu  peperangan cyber‘mempertahankan’ Pehin Sri Taib dalam video ini. Jika tidak tahu dari segi cara menjawab kandungan video itu sekurang-kurangnya lihat daripada sudut lain. Cybertrooper BN kan banyak ilmu di dada.

Tidak dinafikan ada di kalangan Cybertrooper BN yang prihatin dengan isu ini dan mempertahankan mengikut acuan sendiri. Namun, jumlahnya terlalu sedikit dan tidak menggambarkan kekuatan sebenar Cybertrooper BN terutamanya di Sarawak.

Apakah Cybertrooper BN Sarawak sudah bersedia dalam PRU-13 akan datang ini????

Tepuk dada tanyalah selera...
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

March 25, 2013 at 2:10 PM

Mungkin enjin kurang minyak pelincir, bro. Tambah lagi enjin diaorang guna minyak fully senthetic. Mahaaaal.

Anonymous
March 25, 2013 at 3:17 PM

tembak boleh sebarang tembak tapi jangan tembak dengan peluru kapur. Mun setakat peluru kapur iboh jak buang masa jerat leher sendiri....

Anonymous
April 13, 2013 at 11:37 AM

Cybertroopers pro-BN diakui agak lambat bertindak.Jika ada response pun fakta/hujah kurang padat n menyakinkan.Kenapa?Sebab utama:1. Pihak pengurusan admin,jika ada?,tidak mempunyai strategi siapsiaga/management crisis control? menangani sesuatu berita di luar dugaan spt didedahkan Global Witness.2.Ketiadaan jentera bebas n pantas mengembelingkan semua blogger terbabit.3.Kurang pengetahuan/ilmu perihal selokbelok mainan blog.PapaGomo adalah contoh terbaik cara berblog.Raja Petra walaupun di UK mampu mendekati pembaca di Msia sebab beliau menghabiskan masa hampir 24 jam dgn blognya.Mereka sanggup tak tidur,tak makan semata2 ingin jadi org pertama mendedahkan berita sensasi etc.Kpd cybertroopers proBN Swak jgn berputus asa.Read a lot n investigate more.Good luck boys.adios.

Anonymous
April 14, 2013 at 11:43 PM

artikel menarik..syabas bro...my bujang senang-online

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger