CERAMAH JOM UBAH SARAWAK ANJURAN DAP SARAWAK TIADA DAPAT SAMBUTAN



Krisis yang melanda DAP Sarawak akibat daripada pemecatan 6 ahlinya mengundang padah apabila ramai ahli DAP Sarawak khususnya di Miri memboikot Ceramah Jom Ubah anjuran Pakatan Pembangkang di DUN Senadin.

Dengan anggaran kehadiran penonton dijangka 3,000 orang yang sememangnya mampu dicapai, tetapi krisis terbaru ini mengakibatkan hanya tidak sampai 100 orang yang hadir. Ini sangat memberikan gambaran negatif kepada DAP Cawangan Miri, DAP Sarawak dan DAP Pusat secara keseluruhannya.

Lebih mengejutkan, Ceramah Jom Ubah ini tidak menjemput wakil daripada PKR yang sememangnya ‘anti’ kepada DAP khususnya dalam perebutan calon di Parlimen Miri. Hanya pemimpin PAS sahaja yang hadir dan memberikan sokongan kerana PAS sudah selesa mendapat habuannya di Parlimen Sibuti.

Mengikut makluman daripada penganjur tiada jemputan diberikan kepada PKR kerana ini adalah ceramah anjuran DAP bukan Pakatan Pembangkang. Dipersoalkan kenapa wakil daripada PAS juga turut hadir?

Jelas di sini bahawa kini DAP dan PKR sudah tidak lagi sehaluan di Miri dan kini masing-masing berebut untuk mengetengahkan calon di Parlimen Miri.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger