BOB LOKMAN AKUI SERTAI PAS HANYA UNTUK TARIK UNDI



Wacana Sinar Harian Siri ke-18 yang telah diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf telah membongkar ‘rahsia’ hasrat sebenar bekas artis dan artis ditarik ke dalam kancah politik.

Bekas pelawak Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, mengakui beliau berkecimpung dalam arena politik kerana ada pihak meyakini kredibilitinya dalam meraih undi pada PRU-13.

Ini kerana sebagai artis mereka ramai digilai peminat sama ada muda dan dewasa termasuk yang berumur. Ikon ini mampu untuk membuatkan mereka menarik pengundi untuk memangkah calon PAS dan PKR yang kini menjadi pilihan bekas-bekas artis yang bersara atau tidak laku.

Sepanjang menjadi artis sebagai pelakon dan pelawak Bob Lokman sangat disukai peminat kerana sikapnya yang bersahaja. Tetapi, apabila memasuki alam politik kegiatan Bob Lokman sangat tidak disenangi rakyat termasuklah peminatnya kerana asyik memfitnah dan menyalahkan pemimpin seagama dengannya.

Rakyat menganggap perbuatan Bob Lokman ini seperti tidak bersyukur ke atas kerajaan yang sedia ada. Malah, boleh dikatakan kebanyakan ceramah yang disampaikan Bob Lokman itu banyak memburukkan pemimpin seagama yang selama ini membela agama, bangsa dan tanah air.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Otak geliga
March 27, 2013 at 11:13 AM

apa cer anak dia ni lepas dia masuk PAS?

ada makin baik atau makin teruk?...sonyap jah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger