BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG BEKAS BANDUAN



Realiti dan hakikatnya, calon Perdana Menteri dari Pakatan Pembangkang ialah BEKAS BANDUAN. Apakah rakyat Malaysia mahu dipimpin oleh bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara seama 6 tahun atas kesalahan menyalahgunakan kuasa atau bahasa mudahnya RASUAH.

Seperti biasa tanggapan rakyat Malaysia terhadap seorang banduan sangat jijik sehingga nama individu itu dihitamkan. Lebih menjijikkan apabila keluar penjara, tanggapan rakyat bahawa individu itu bekas banduan akan melekat sehingga ke akhir hayat.

Di Malaysia, ada seorang bekas banduan yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Mungkin ramai yang menganggap cita-citanya itu suatu khayalan atau mimpi di siang hari, tetapi hakikatnya beliau kini bertungkus lumus mencapai cita-citanya dengan mengaibkan pemimpin sebangsa dan seagama dengannya dan lebih mendukacitakan sanggup menghuru-harakan negara dengan pelbagai insiden termasuklah Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 pejuang negara.

Waima seseorang bekas banduan itu apabila keluar penjara dan menjalankan kerjaya, beliau tetap dipanggil bekas banduan. Namun, bekas banduan yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ini dianggap oleh isterinya dan disokong keluarganya serta pengikutnya sebagai Anugerah Tuhan!


Apakah Anugerah Tuhan itu seorang gay? Seorang peliwat? Seorang pengamal seks bebas? Seorang pengamal rasuah? Seorang penjual agama Islam?

Ramai rakyat sudah lupa bagaimana bekas banduan ini dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya pada 18 tahun lalu. Ikuti kisah Banduan yang telah dijatuhi hukuman PENJARA 6 tahun diatas kesalahan RASUAH paling besar dalam sejarah negara Malaysia.


1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
  

Banduan yang dimaksudkan itu adalah Anwar bin Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pakatan Pembangkang. Banduan yang bercita-cita mahu menjadi Banduan Perdana Menteri Malaysia.

Jika Anwar ini ‘berjaya’ menjadi Perdana Menteri maka beliau telah mencatat rekod dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama bekas banduan yang telah dipenjarakan atas kesalahan rasuah. Kesalahan ini adalah kesalahan yang paling keji dalam hidup bermasyarakat dan dalam agamanya Islam.

Mungkin akan berlaku pekara lebih jijik lagi jika Perdana Menteri Malaysia kerana belum pun menjadi Perdana Menteri bermacam macam RASUAH digunakan Anwar Ibrahim dalam menafikan keterangan rakyat bahawa beliau telah melakukan SEKS LUAR TABII.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger