APA SAJA DIJANJI PAKATAN PEMBANGKANG HAKIKATNYA JANJI LAMA TIDAK TERTUNAI “MANIFESTO BUKAN JANJI”



Apa saja yang hendak dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi pada PRU-13 hakikatnya mereka (Pakatan Pembangkang) tidak pernah menunaikan janji.

Itu sudah pasti dan sedang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Mana ada di mana-mana negara mahupun negeri, rakyatnya menyaman Kerajaan Negeri? Nampak sangat rakyat kini mula sedar dan terdesak untuk dikotakan janjinya. Hanya satu yang boleh dilakukan sekarang iaitu tukar Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.

Terdahulu, PAS menerusi Presidennya, Abdul Hadi Awang memberi jamninan bahawa Pakatan Pembangkang akan menjalankan pemerintahan secara kolektif dan mengelakkan pentadbiran kuku besi.

Bagaimanapun jaminan itu nampaknya boleh dipertikaikan kerana Kerajaan Negeri Selangor misalnya, Menteri Besarnya pemimpin PKR manakala ‘orang’ yang bertanggungjawab dan pembuat keputusan ialah pemimpin DAP. Manakala, PAS hanya Pak Turut sahaja.

Maka atas sebab itu, Selangor kini ditumbuhi dengan kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut sebagai sumber pendapatan Kerajaan Negeri menerusi idea pemimpin DAP. Manakala, atas ketidaksepakatan, akhirnya rakyat Selangor dikelilingi sampah-sarap juga air percuma yang dijanjikan hanya retorik sahaja.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga menjelaskan Pakatan Pembangkang akan memastikan tidak berlakunya setiap keputusan hanya diputuskan seorang pemimpin sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara kelak.

Ini lagi boleh dipertikaikan kerana sehingga kini siapa sebenarnya mengetuai Pakatan Pembangkang? DAP, PKR atau PAS? Dalam satu-satu kumpulan mesti ada ketua yang akan mengepali dan memimpin, tetapi Pakatan Pembangkang ada tiga kepala dan tiada ketua. Ini pastinya menyukarkan mereka membuat keputusan.

Jika mereka mengatakan Anwar Ibrahim sebagai ketua, pastinya PAS dan DAP tidak setuju kerana pemimpin mereka juga berhak untuk menjadi ketua. Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga hanya ‘alat’ sahaja kerana banyak keputusan tidak dipersetujui pemimpin DAP dan PAS.

Kini, sekali lagi Presiden PAS BERJANJI kepada rakyat jika mereka dapat memerintah Malaysia.


Abdul Hadi turut memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tuntutan tanah penduduk yang berlarutan terlalu lama sekiranya PR diberi kepercayaan menjadi pemerintah.

“Selepas mengambil-alih pentadbiran di beberapa negeri, PR berjaya membawa perubahan terutamanya berkaitan masalah tanah. Misalnya, kita berjaya menyelesaikan 60,000 kes tuntutan tanah di Terengganu dalam tempoh empat tahun pentadbiran.


Persoalan kini, banyak lagi janji-janji yang pernah dibuat sebelum ini sama ada diperingkat negeri mahupun Parlimen dan DUN yang masih belum ditunaikan dan sekarang ini mahu berjanji baharu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger