ANWAR LEBIH PERCAYAKAN CINA BERBANDING MELAYU UNTUK CAPAI KEMENANGAN DALAM PRU-13



Yang pasti PRU-13 kali ini Anwar Ibrahim tidak akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Jika dahulu Parlimen itu ‘selamat’ bagi Anwar Ibrahim sejak beberapa dekad, tetapi kini rakyatnya sudah mula tersedar dari mimpi siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Anwar Ibrahim telah dipelawa oleh PKR Selangor dan PKR Perak untuk bertanding di kedua-dua negeri itu. Selangor misalnya, mengatakan Selangor mempunyai 11 Parlimen yang ‘selamat’ bagi Ketua Umum Keadilan dalam merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. Manakala, PKR Perak mempelawa Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen di Perak khususnya di kawasan majoriti Cina.

Begitu, menurut desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim mungkin bertanding di Parlimen Ipoh Timur yang mana kawasan tersebut merupakan majoriti pengundinya adalah berketurunan Cina.

Desas-desus ini diperoleh hasil daripada maklumat beberapa kenalan Zulkipli Nordin yang masih di dalam PKR. Ini jelas menggambarkan Anwar Ibrahim kini sudah tidak yakin untuk menang di Parlimen Permatang Pauh dan berhajat untuk bertukar kawasan.

Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sudah tidak mahu menerima Anwar Ibrahim dan mula goyang’ apabila ceramah yang dianjurkan Perkasa dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Permatang Pauh baru-baru ini dihadiri lebih 800 orang termasuk penyokong tegarnya sendiri.

Tiga hari selepas Zulkipli Nordin dan Muhammad Zahid Md. Arip (Mursyidul Am TIBAI) berceramah di sana (Permatang Pauh), beliau (Anwar) buat kenyataan tidak mahu bertanding di Permatang Pauh kerana nampak penyokong tegarnya sendiri datang.

Sehingga ke hari ini, sokongan orang Melayu kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang sudah jatuh merudum. Untuk survival politiknya, Anwar Ibrahim terpaksa ‘lari’ ke kawasan lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger