ANWAR IBRAHIM TIADA SEMANGAT PATRIOTIK DALAM ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU



Semuanya kerana mahu menuju ke Putrajaya hingga sanggup mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam setiap kali ceramah politiknya. Bahkan, langsung tidak mempunyai semangat patriotik dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan Anwar berulang kali menyanyikan bait- bait lagu Tanya Sama Pokok yang mengaitkan Najib dengan kejadian di Sabah dalam siri ceramahnya sebelum ini menggambarkan pemimpin berkenaan sanggup menggadai maruah negara demi kuasa.

"Ketika seluruh rakyat sedang bersedih, pemimpin pembangkang tanpa langsung menunjukkan semangat patriotik menjadikan isu pencerobohan itu sebagai modal politik dan menyalahkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anwar sebelum ini menyanyikan lagu tersebut berulang kali sejak 2 Disember tahun lalu termasuk dalam ceramahnya pada 29 Januari dan 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Antara lirik lagu itu berbunyi, "Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang."

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung pelbagai dakwaan yang mengaitkannya dengan kejadian pencerobohan di Sabah.

"Anwar juga perlu berani menyangkal dakwaan media asing yang secara jelas menyebut penglibatan pemimpin pembangkang di negara ini dalam kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Anwar Ibrahim menyaman portal berita Filipina, Inquirer News dan akhbar dalam talian, The Manila Times yang turut menyiarkan laporan mengenai pembabitan pembangkang negara ini dalam kejadian tersebut.

Beranikah Anwar Ibrahim saman akhbar antarabangsa The Manila Times, Inquirer News dan Reuters???
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger