ANWAR IBRAHIM MASIH POPULAR BILA ‘VIDEO INI’ SUDAH DILIHAT LEBIH 100,000 KALI



Ketika ini Papa Gomo sedang disaman RM100 juta oleh Anwar Ibrahim setelah dipercayai mengakses gambar-gambar aksi terbaru seorang lelaki mirip Anwar Ibrahim. Begitupun, Papa Gomo menjelaskan gambar-gambar itu hanya dilinkkan oleh blogger http://rajagoyang360.blogspot.com.

Dalam masa yang sama, blogger MiM telah mengeluarkan satu klip video temuramah Anwar Ibrahim yang turut menimbulkan persoalan dan persepsi terhadap orientasi ketua pembangkang.

Sehingga kini video tersebut yang bertajuk ‘Anwar kalut bila ditanya gay!’ yang boleh diakses di laman youtube.

Untuk kemudahan pembaca, ditayangkan di sini video ‘Anwar kalut bila ditanya gay!’. Saksikan bersama.


Mengimbas pertuduhan sebelum ini yang membabitkan Anwar Ibrahim dalam beberapa kes, ternyata keputusan mahkamah menampakkan kebenaran dengan menyatakan terdapat perbuatan ke atas mangsa oleh tertuduh.

Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan. Dan ada di antara kita yang tidak tahu tentang fakta di bawah:

Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."


Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku.

Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Jika anda melihat video di atas dan keputusan Mahkamah Persekutuan, apakah anda sendiri tidak berasa curiga dan sangsi dengan orientasi seksual pemimpin tertinggi Pakatan pembangkang ini?
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 22, 2013 at 4:10 PM

Abu aku bkn umno sdr jng jadi iblis yg kerjanya menyesatkan anak adam

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger