ANWAR IBRAHIM MAHU VIDEO TAIB MAHMUD DIULAS TAPI VIDEO LIWATNYA MASIH BELUM ‘TERULAS’



Jarak antara video terbaru Anwar Ibrahim yang dikeluarkan pada 9 Mac lepas dan video Taib Mahmud pada 19 Mac tidak jauh hanya 10 hari. Namun, sehingga kini empunya badan, Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu mengulas mahupun membuat sidang akhbar bagi menjelaskan pengeluaran video terbaru itu. Sebaliknya, beliau mahu Najib Razak mengulas video terbaru Taib Mahmud yang didakwa dibiayai Pakatan Pembangkang dengan menggunakan nama Bruno Monster.

Dalam kenyataan akhbar yang dipetik dalam Sinar Online, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.


Dengan tegas mahu Perdana Menteri memberikan ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

Begitupun, sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih enggan mengulas videonya biarpun didesak oleh pelbagai pihak.

Jika ini konspirasi, Anwar Ibrahim perlu menjawab dan melakukan sesuatu untuk membersihkan dirinya daripada terus dibayangi dengan aksi homoseksual.

Berbeza dengan Ketua Menteri Sarawak ketika diasak oleh wartawan dengan bertanyakan soalan tentang video itu terus dijawabnya tanpa sebarang pertikaian. Dengan tenang Pehin Sri Taib Mahmud menjawab soalan wartawan biarpun beliau sendiri mengakui belum melihat kandungan video itu.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

March 20, 2013 at 1:49 PM

Sebenarnya dia mahu ulasan selari dalam video tuuu...betul juga, tak ada ummph kalau tak ada suara mengerang kesedapan.

Anonymous
April 13, 2013 at 4:32 PM

Pakar luar negara AS dan Korea telah mengesahkan ketulenan video China Doll.Itupun dipertikaikan oleh pencacai DSAI.

Apapun,saya puji sikap Ketua menteri Swak.Dia menjawab pertanyaan pemberita dgn bersopan santun.Anuar menjawab "U ulang saya saman".Dtk Taib tak saman sebarangan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger