ANWAR IBRAHIM CABAR REUTERS DAN THE PHILIPINE INQUIRER DEDAHKAN ‘BUKTI’ PENGLIBATANNYA DALAM INSIDEN DI LAHAD DATU



Dahulunya inilah pemimpin Malaysia yang mengagungkan kebebasan media antarabangsa sehingga sanggup menggunakan mereka demi untuk mencemar dan memberikan gambaran buruk kepada Malaysia.

Tetapi, kini dalam insiden pencerobohan di Ladah Datu, Sabah, Anwar Ibrahim menerusi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar Ibrahim dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan.

Azmin Ali yang mempertahankan ‘bos’nya itu menemplak media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah. Ini tidak mengejutkan dan Kerajaan Malaysia dan UMNO dalang dalam kejadian ini.

Akibat terlalu taksub mempertahankan Anwar Ibrahim, Azmin Ali sanggup melibatkan kepimpinan Kerajaan Malaysia dalam insiden ini. Persoalannya, adalah tidak masuk akal kerajaan sendiri yang menggalakkan pencerobohan dan tidak menyelesaikan masalah pencerobohan yang secara terang mengancam keselamatan negara?

Dengan memetik kata-kata Azmin Ali di dalam Yahoo Malaysia yang diambil dari Malaysia Insider.

“Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi,” tegasnya.

Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti.

“Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan,” tegasnya, dan menambah, “ini memang kerja UMNO, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat.”

Dengan tidak berpijak di bumi yang nyata, Azmin Ali telah mengaitkan insiden Laha Datu dengan politik dan menjelaskan, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar Ibrahim itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap Pakatan Pembangkang di Sabah.

“Usaha ini dibuat UMNO dalam pelbagai cara, dulu kita tahu UMNO gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar Ibrahim.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 4, 2013 at 12:42 PM

Salam
Adalah dicadangkan DSAI membuat pengumuman dan ucapan yang didepannya adalah para ulama tempatan
berkaitan isu Lahad Datu dan Isu-isu lain....Di pentas beliau hendaklah diletak sebuah kitab A-Quran
dan Anwar diminta menjunjung dan memegang Al-Quran itu ketika bercakap dan berucap....

Oleh kerana DSAI ingin sangat berdebat dgn Dato Seri Najib saya mencadangkan pihak kerajaan menimbang dan mengadakan
debat tersebut dengan syarat sebuah Al-Quran diletakkan di pentas masing-masing.....dihadapan Alim Ulama tempatan...
Sebelu memulakan kedua-dua Dato Seri najib dan Dato Seri Anwar dikehendaki menjunjung Al-Quran ...
Dan Sewaktu menjawab kedua -dua haruslah meletak tangan di atas Al-Quran...Hanya ALIM ULAMA SAHAJA YANG BOLEH BERTANYA..
ISU PERIBADI DAN ISU SPT LAHAD DATU...ISU ISRAEL,KALIMAH ALLAH DAN BERMACAM ISU SPT ANTANTUYA...DAN LAIN_LAIN...

DEBAT DENGAN CARA ISLAM...

JIKA PERLU LETAKKAN HJ HADI NIK AZIZ DIHADAPAN KEDUA-DUA Pemimpin ini untuk tujuan ini suruh semua rakyat buka mata siapa yg benar
dan salah.....ULAMA hendaklah memain peranan sebagai moderator bukan pemain politik...

March 4, 2013 at 2:06 PM

saya sokong datuk sri saman je surat kabar filipina dan reuter. saman datuk saman. jgn bg muka kat org filipina ni. depa nk bg malu kita org permatang pauh. tunggu apa lg datuk saman la

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger