ABDUL HADI AWANG MASIH BELUM MINTA MAAF KE ATAS MASYARAKAT IBAN DALAM ISU CAWAT



Ramai di kalangan penduduk di Parlimen Sibuti kecewa apabila mereka mengingatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang akan datang dan menyampaikan ceramah di kawasan mereka sebaliknya Mat @ Mohamad Sabu. Begitupun, mereka mengenali Mat Sabu sebagai seorang pemimpin Islam yang menyokong perjuangan komunis atau lebih dikenali Mat Komunis.

Bagaimanapun, kehadiran Mat Sabu ‘diterima’ penduduk Iban Sibuti kerana rakyat Sarawak sangat menghormati tetamu biarpun pedih apabila mendengar ceramah Mat Sabu yang banyak mengutuk pemimpin BN Sarawak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Biarpun perkara ini berlaku pada April 2009 sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 Batang Ai apabila calon BN menang bergaya mengalahkan calon PKR. Kemenangan itu telah menghapuskan ego Pakatan Pembangkang yang kebetulan pada masa itu menang berterusan dalam beberapa PRK sebelum ini.

Berikutan itu, keluarlah kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa orang Iban pakai cawat tidak tahu mengundi (undi Pakatan Pembangkang) dan sehingga ke hari ini masih belum lagi meminta maaf kepada rakyat Sarawak khususnya masyarakat Iban.

Jika Abdul Hadi Awang yang hadir pada waktu itu, ramai di kalangan penduduk Iban mahu Presiden PAS itu memakai cawat sebagai tanda permohonan maaf. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 12, 2013 at 9:38 PM

Haji Hadis Bawang

Anonymous
March 13, 2013 at 4:46 AM

Tolong bagitau hadi awang.. dendam kmi belum berbayar!kmi tunggu,tetap tunggu kmu datang!

Anonymous
March 13, 2013 at 10:35 AM

bukan hadi dah datang ker hariya...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger