TIDAK PERCAYA KESELAMATAN SISTEM PILIHAN RAYA PAS MAHU PASANG CCTV



Seolah-olah takut kepada bayang-bayang kekalahan PAS dan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13, PAS mencadangkan kepada SPR supaya memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) dipasang di segenap pintu masuk pusat pengundian pada PRU-13.

Tujuan CCTV dipasang adalah untuk merakam wajah pengundi yang meragukan, atau pengundi hantu pada hari pembuangan kertas undi kelak.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai status pengundi, maka mereka boleh dihalang dari memasuki pusat mengundi.

“Menerusi rakaman CCTV, semua perbuatan yang mencurigakan boleh dirakam sebagai bukti bahkan wajah mereka yang masuk ke pusat mengundi boleh diperiksa sebagai rujukan

Sekali lagi PAS berasakan sistem pilihan raya di Malaysia berat sebelah kerana tidak memihak kepada mereka.

Adalah menjadi harapan PAS agar SPR mempertimbangkan cadangan terbabit agar proses pengundian di negara ini lebih teratur dan dikawal dengan ketat untuk mengelak sebarang penipuan.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 28, 2013 at 8:46 PM

PAS NI DAH SEWEL DAN GILA AGAKNYA !!!

Anonymous
February 28, 2013 at 9:57 PM

Bukan ke hari tu mereka juga yang kata rakaman cctv tak boleh dijadikan bukti kerana ¨BESI¨?!!.. Sekarang nie nak guna pulak dah!!.. Kenapa tak minta 4 ¨tunggul kayu¨ dari kalangan mereka berdiri depan pintu tempat mengundi tue?!.. Habis cerita!..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger