Ahli-ahli DAP Selangor mahu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meletak
jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor disebabkan kegagalan melaksanakan tugas
dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.
Banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak
dapat diselesaikan Ahli Parlimen Seputeh itu. Ini sangat bercanggah dengan
manifesto Pakatan Pembangkang Selangor dan DAP sendiri semasa PRU 2008.
Sebaliknya, hanya pemimpin BN Selangor sahaja yang mengambil berat akan nasib
yang menimpa mereka biarpun berlainan ideologi politik.
Selain Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco Kanan Kerajaan Selangor sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan Negeri.
Walaupun berjawatan portfolio negeri namun nasib rakyat di kawasannya langsung tidak
dipedulikan.
Sebaliknya Kok tidak berlaku adil dengan masyarakat India di Selangor
apabila boleh juga menyelesaikan masalah kaum Cina. Tahun lepas, Kok mengadakan
pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan
masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi
menyelesaikan masalah masyarakat India.
Bagi menunjukkan betapa pemimpin DAP itu bersikap talam dua muka, sebanyak 11
memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek,
Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas.







