TAK KISAH POPULARITI NAJIB RAZAK TURUN ASALKAN MAJORITI RAKYAT UNDI BN



Menjelang PRU-13 pelbagai badan mahupun agensi persendirian cuba menonjolkan diri bagi mengatakan maklumat dan intipati mereka boleh ‘diterima’ dan mempengaruhi rakyat. Terbaru, Merdeka Center yang kerap menjalankan kajian ke atas populariti pemimpin BN mahupun Pakatan Pembangkang telah mengeluarkan kenyataan terbaru mengatakan populariti Najib Razak menurun.

Dikatakan, hasil kajian mendapati populariti Najib Razak menurun sebanyak 2 mata (peratus) berbanding 2 bulan lalu.

Pada bulan Oktober, dicatatkan 63 peratus pengundi berpuas hati dengan pencapaian Perdana Menteri berbanding bulan Disember 2012 yang mencatat sebanyak 61 peratus.

Bagaimanapun, kajian ini hanya menggunakan sampel seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, Cina seramai 32 peratus dan India seramai 9 peratus. Hakikatnya jumlah rakyat Malaysia berjumlah 28 juta dan bilangan pengundi berdaftar di seluruh negara berjumlah 13.1 juta.

Oleh yang demikian hasil kajian dan responden Merdeka Center tidak mencerminkan hakikat sebenar sokongan rakyat ke atas populariti Najib Razak.


Dengan mengambil kira kejayaan BN Sarawak mengekalkan sokongan 2/3 rakyat dan beberapa siri kemenangan mutlak BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) serta sambutan hangat rakyat ke atas program anjuran BN yang dihadiri Najib Razak dan Muhyiddin Yassin di seluruh negara juga janji ditepati sokongan rakyat ke atas BN pada PRU-13 kali ini akan meningkat daripada PRU 2008.

Kontroversi yang melanda pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyebabkan populariti mereka menurun malah semakin teruk. Berbanding, BN dengan kebanyakan Bajet 2012 telah dilaksanakan dan Bajet 2013 telah dan sedang dilaksanakan membuatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib Razak meningkat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger