SYARIKAT PENGURUSAN PSY TOLAK FITNAH PAKATAN PEMBANGKANG, NAFI PSY DIBAYAR KERAJAAN MALAYSIA



Sebelum dan selepas konsert, pihak Pakatan Pembangkang tidak habis-habis dengan tuduhan dan dakwaan yang mendakwa Kerajaan BN membayar RM2 juta bagi membawa Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang ke Pulau Pinang bagi menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia BN Pulau Pinang.

Jelas sekali dakwaan dan tuduhan Pakatan Pembangkang itu bersifat fitnah biarpun Perdana Menteri sendiri memberitahu kehadiran Psy ke Pulau Pinang itu tidak membabitkan wang rakyat. Nampaknya, Pakatan Pembangkang telah memberikan pahala besar kepada Najib Razak akibat fitnah yang tiada kebenarannya.

Bagi meredakan keadaan yang semestinya membawa kepada kegelisahan puak-puak Pakatan Pembangkang ini apabila Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya ‘Gangnam Style’, hari ini menyatakan bahawa mereka (Scooter Braun Projects) tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

“Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger