SELEPAS ISU KALIMAH ALLAH, LIM GUAN ENG MAHU SAMAN SPR




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu menyaman kerajaan pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di kawasan penyeliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Menurut Guan Eng, pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu perkara di bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan DUN mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4)  Perlembagaan Persekutuan.

Urusan mengadakan pilihan raya tempatan merupakan salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih gemar berpolitik daripada menunaikan manifesto PRU 2008 dalam menyediakan rumah kos rendah kepada rakyat Pulau Pinang. Sebaliknya, mementingkan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang yang langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger