SEKIRANYA KALAH PRU-13 PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MUNCULKAN ARAB SPRING



Arab Spring hanya akan berlaku di Malaysia jika PRU-13 dicemari dengan penipuan hingga menyebabkan kegagalan Pakatan Pembangkang ke Putrajaya, tegas Mohamad Sabu.

Ini kalilah Pakatan Pembangkang mesti menang PRU-13 biarpun sebelum ini sentiasa menghadapi kekalahan. Ini kerana selepas PRU-13 ini, Pakatan Pembangkang akan kehilangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akibat tuduhan liwat dan beberapa tuduhan lain.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Kenyataan Tan Sri Musa Hassan mendapat reaksi daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tidak menolak kemungkinan berlaku Arab Spring apabila parti polilitik yang kalah tidak berpuas hati.

Pakatan Pembangkang telah membuktikan mereka hero dalam menganjurkan demontrasi jalanan seperti mana yang dilakukan dalam BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Jadi tidak hairanlah Arab Spring akan berlaku selepas PRU-13 jika kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger