SAMBUTAN MERIAH TAHUN BARU CINA DI PENANG BERSAMA NAJIB BUATKAN LIM GUAN ENG MARAH



Jika sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yakin bahawa sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang tidak akan mendapat sambutan biarpun membawa penyanyi popular dunia, Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang. 


Namun, semuanya meleset apabila kehadiran ramai rakyat Pulau Pinang bersama dengan rakyat di negeri-negeri lain yang dianggarkan melebihi 80,000 iaitu jumlah yang sangat besar berbanding mana-mana perhimpunan BERSIH dan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Pembangkang.


Psy hadir ke Pulau Pinang bersama 10 barisan penarinya bagi mengadakan persembahan di negara ini sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Persembahan Psy telah dihadiri lebih 80,000 orang penonton walaupun persembahan pentas hanya dimulakan jam 12.15 tengahari.


Lim Guan Eng ‘terpaksa’ menahan marahnya apabila melihat ramai rakyat Malaysia hadir ke Majlis Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang dengan beliau sendiri menjadi tetamu jemputan pada majlis itu. Jelas bahawa BN tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyat termasuk mereka yang berfahaman politik pembangkang sejajar dengan Gagasan 1Malaysia.

Kehadiran Lim Guan Eng dalam jemputan ini membuktikan dasar-dasar kerajaan yang diamalkan Najib Razak tidak pernah membezakan mana-mana kaum termasuklah kaum Cina di Malaysia. Hakikatnya mereka selama ini telah termakan dengan hasutan Pakatan Pembangkang bahawa Kerajaan BN tidak adil terhadap mereka termasuk dalam politik.

Dengan sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini mengharapkan agar masyarakat Cina memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Najib Razak dan BN dalam memajukan Malaysia mencapai negara maju. Politik yang stabil akan membawa banyak kemasukan pelabur dalam dan luar negara serta sekaligus menjamin kemakmuran ekonomi dan budaya bangsa Malaysia. 

Keyakinan BN dalam memenuhi kehendak rakyat Malaysia dalam melihat lebih dekat penyanyi popular dunia yang terkenal dengan aksi kudanya memperlihatkan BN sentiasa memenuhi kehendak rakyatnya seperti mana yang pernah dilakukan Kerajaan BN dalam Bajet 2012 dan Bajet 2013.







Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger