PKR Sarawak digemparkan dengan berita kurang enak menjelang PRU-13 apabila
seramai 65 ahli PKR Cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan
menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). Ini semua kerana PKR telah
mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan ahlinya biarpun
sebelum ini banyak janji manis ditaburkan.
Bekas Pengerusi PKR Cabang Kabong, Ismail Hussain, 65, yang turut mewakili
kumpulan berkenaan bahawa mereka nekad meninggalkan PKR ekoran tindakan pemimpin
PKR yang langsung tidak menghiraukan kebajikan mereka malah seringkali
memburukkan pemimpin BN walaupun mereka bekerja untuk rakyat.
Menurut Ismail lagi, dirinya telah dipilih rakyat di kawasan Kabong pada
Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk menjadi pemimpin PKR di Kabong. Biarpun dilantik
rakyat di kawasan itu, jelas Ismail lagi perlantikan itu tidak diluluskan oleh
pihak pengurusan PKR.
Tindakan itu benar-benar memalukan dirinya dan ahli-ahli PKR Cabang Kabong
secara keseluruhannya. Difahamkan PKR Sarawak mahu ‘orang’ mereka yang
mengetuainya supaya senang diarahkan dalam kerja-kerja politik.
Atas sebab di atas, Ismail Hussain dan beberapa orang ahli-ahli PKR Cabang
Kabong keluar parti dan memilih SPDP-BN sebagai wadah politik mereka untuk
selamanya. Tiada lagi PKR dalam hati mereka kerana perjuangan mereka hanya
untuk Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat.
Manakala di pihak SPDP menerusi Presidennya, Tan Sri William Mawan ak Ikom
sangat mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas ahli PKR Cabang Kabong untuk
menyertai SPDP. Ini penting bagi mengukuhkan BN dalam menghadapi PRU-13 yang
dijadualkan akan diadakan pada tahun ini.
Seolah-olah tidak berhenti di situ, Ismail mengajak ahli-ahli PKR di
seluruh Sarawak supaya sedar bahawa mereka ini telah diperbodohkan hanya kerana
perjuangan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak lebih dari
itu.
Segala janji-janji Anwar Ibrahim di Sarawak hanyalah gula-gula politik
untuk menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka. Seperti mana Anwar
Ibrahim, begitu jugalah pemimpin PKR lain di Sarawak yang seolah-olah sudah
termakan dengan jasa Anwar Ibrahim sehingga sanggup memfitnah pemimpin BN
terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.








Ang pau untuk nuar dari orang Kabong.
BalasPadamPKR memburu siang malam ke hulu ke hilir ke timur ke barat DAP yang duduk di rumah yang dapat rusa..
BalasPadam