PAKATAN PEMBANGKANG ANGGAP PENERUSAN BR1M 3.0 DAN SETERUSNYA SEBAGAI SOGOKAN PILIHAN RAYA



Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pemberian BR1M 3.0 dan seterusnya seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Johor baru-baru ini telah mendapat reaksi negatif daripada Pakatan Pembangkang.

Umum mengetahui, pemberian BR1M 2.0 yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara sangat menghantui Pakatan Pembangkang yang sangat takut akan kehilangan sokongan daripada rakyat khususnya mereka yang menerima BR1M ini.

Atas sebab itu, tidak hairanlah pemimpin Pakatan Pembangkang tidak menyukainya dan menganggap BR1M ini sebagai sogokan pilihan raya.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin PKR Sarawak See Chee How mengatakan penerusan pemberian BR1M oleh Kerajaan BN dianggap terdesak. Sambil menegaskan rakyat Malaysia boleh disogok dengan BR1M.

Bagi menimbulkan kesangsian terhadap kerajaan BN, Pakatan Pembangkang mempersoalkan kewangan negara yang dikatakan mereka sebagai hampir muflis. Ini sangat bertentangan dengan keterangan Menteri Kewangan yang menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas. Kerajaan BN tahu akan keselamatan dan kekuatan kewangan negara dan pemberian BR1M itu sedikitpun tidak menjejaskan kewangan negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger