NIK AZIZ KECAM KARPAL SINGH – JANGAN CAMPURTANGAN HAL PAS!!!



Walaupun menyambut ulang tahun kelahirannya di rumah Karpal Singh, namun Nik Aziz tidak sesekali termakan dengan ‘rasuah’ kek hari jadi pemberian Karpal Singh.

"Karpal (Singh) bukan orang PAS... yang buat keputusan Majlis Syura PAS. Itu dia (Karpal) punya pasal," kata Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Karpal Singh marah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura PAS apabila enggan menarik balik keputusan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan dalam Bible Bahasa Melayu.

Karpal Singh semalam dilaporkan menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah ALLAH selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Malah, tegas Karpal Singh lagi keputusan Majlis Syura PAS itu sebenarnya telah mengkhianati janji dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang yang diadakan pada 6 Januari lalu.

Dengan nada marah, Karpal Singh mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu berkenaan.

Pertikaman lidah Nik Aziz dan Karpal Singh kini dilihat semakin panas dan menuju ke kemuncak. Inilah dia corak dan cara hubungan parti Pakatan Pembangkang. Bagaimana nak memerintah Malaysia jika masalah ini pun tidak dapat diselesaikan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger