NIK AZIZ KATA PENERIMA BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) UMPAMA ‘HAIWAN’





Kata-kata Mursyidul Am PAS itu merujuk kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 seperti mana yang dijanjikan Kerajaan BN.

Ketika 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas bersyukur di atas pemberian BR1M 2.0 bersyukur, sebaliknya Nik Aziz telah menyamakan usaha murni Kerajaan BN ini seperti memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Pemberian BR1M di seluruh negara telah bermula pada awal Februari ini di seluruh negara dan mendapat sambutan hangat hingga tarikh akhir permohonan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Tetapi, bagi Nik Aziz sambutan hangat ini diumpamakan sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Nik Aziz juga menyifatkan pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 24, 2013 at 3:20 PM

Maka penyokong dan pengundi PAS pun turut bertukar menjadi semata2 kerana nak menerima BR1M.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger