NAIB PRESIDEN PKR JOHN TENEWI KATA DAP TIDAK LAYAK BERTANDING DI PARLIMEN MAS GADING



Isu pertindihan kawasan Parlimen yang akan ditandingi Pakatan Pembangkang di Sarawak masih belum ada kata putus. Ini berasaskan kenyataan akhbar terbaru Naib Presiden PKR Datuk John Tenewi bahawa PKR lebih layak meletakkan calon bertanding pada PRU-13 di Parlimen Mas Gading berbanding DAP bersandarkan dua faktor.

Kenyataan itu memungkinkan PKR tidak akan semudahnya memberikan Parlimen Mas Gading kepada DAP dalam PRU-13. Ini sekaligus membuatkan calon DAP di Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding apatah lagi menjadi Ahli Parlimen kelak.

Jelas John Tenewi lagi antara dua faktor yang melayakkan PKR lebih layak bertanding di kawasan Parlimen Mas Gading ialah ianya merupakan kawasan majoriti Bidayuh dan PKR mempunyai sokongan kuat daripada kaum itu.

Juga, PKR mempunyai lebih besar peluang untuk menang berbanding DAP memandangkan 75 peratus pengundi terdiri daripada kaum Bidayuh.

DAP sengaja mencari calon Bidayuh bagi mewakili mereka sedangkan walaupun menyedari PKR telah lama bertapak di Mas Gading, disebabkan itu mereka lebih stabil kedudukannya.

PKR telah wujud di Mas Gading sejak 2008 dan beroperasi penuh dengan adanya pusat khidmat parti itu di Bau untuk membantu rakyat. Manakala, DAP hanya wujud menjelang PRU-13 dengan meletakkan Mordi Bimol sebagai calonnya dan mula ‘bekerja’ hanya untuk pilihan raya.

Adalah lebih baik sebagai sebuah pakatan, calon DAP Mordi Bimol membantu calon PKR di Parlimen Mas Gading dalam usaha merampas kerusi itu daripada BN-SPDP.

Dan, jika pertindihan kerusi ini masih berlarutan adalah tidak mustahil kita akan menyaksikan saingan 3 penjuru yang membabitkan calon BN, PKR dan DAP, juga berkemungkinan 4 hingga 5 penjuru jika calon Bebas turut serta.

Inilah Pakatan Pembangkang yang tidak sepakat dalam banyak hal dan salah satunya dalam hal pengagihan kerusi. ini disebabkan kedua-dua PKR dan DAP masing-masing mahu calon mereka layak dan lebih ramai antara satu sama lain termasuklah PKR dan PAS di beberapa kawasan majoriti Melayu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 16, 2013 at 4:51 PM

John tenewi tlh diberi peluang sebelum ini dan tidak mendapat sokongan yg memberangsangkan kerana masyarakat bidayuh kenal siapa tenewi sebenar - manusia shelfish yg tidak pernah bersyukur walau pun hidup senang dari hasil kerajaan sebelum ini. Cukup cukuplah tenewi. anda dihujung jalan. Jadi, apalah salahnya kali ini berikan peluang pd mordi (DAP).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger