N. SURENDRAN BERKERAS MAHUKAN DR PORNTHIP ROJANASUNAND



Naib Presiden PKR yang juga peguam keluarga C. Sugumar, N. Surendran berkeras mahukan Kerajaan Malaysia membenarkan pakar bedah dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat C. Sugumar yang menjadi pertikaian antara PKR dan Kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip Rojanasunand sebelum ini mengesahkan dirinya tidak dapat hadir ke Malaysia dalam membuat pembedahan itu. Bagaimanapun, N. Surendran mendedahan ketidakhadiran Dr Pornthip Rojanasunand ke Malaysia disebabkan Putrajaya meluahkan rasa kurang senang dengan tugasnya sebelum ini keatas pembantu politik DAP mendiang Teoh Beng Hock.

Begitupun kenyataan itu sangat meragukan lebih-lebih lagi datangnya daripada peguam PKR yang sangat terkenal dengan kenyataan palsu.

“(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib mesti membetulkan kerosakan dan memberitahu kerajaan Thai supaya menghantar Pornthip,” tegas N. Surendran.

Seolah-olah tidak percaya kepada pakar bedah di Malaysia, N. Surendran menegaskan tiada mana-mana ahli patologi persendirian di Malaysia yang menjalankan bedah siasat.

Begitupun, Najib Razak telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau merupakan punca dalam menghalang Dr Pornthip daripada menjalankan bedah siasat kedua ke atas C. Sugumar.

Najib telah mengarahkan laporan forensik keatas Sugumaran Khamis lepas selepas isu kematian tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat kabinet.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah diarahkan untuk mengendalikan laporan tersebut selepas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menimbulkan isu kematian pengawal keselamatan semasa mesyuarat Kabinet.

Beberapa saksi melihat Sugumaran terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada 23 Januari lalu serta menuduh anggota polis yang menangkap dan menggarinya telah membelasah mangsa hingga mati.

Walau bagaimanapun, polis menafikan tuduhan tersebut.

Ini adalah satu kes lagi kematian yang membabitkan polis dan diseret bersama politik dalam usaha meraih simpati daripada masyarakat India menjelang PRU-13. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger