MAT SABU “TIADA FITNAH DAN TIDAK AKAN MINTA MAAF”



Mat Sabu dengan nada angkuh menegaskan tidak sesekali akan minta maaf kepada Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Wan Ahmad terdahulu telah memberikan 7 hari kepada Mat Sabu untuk memohon maaf namun sehingga hari ke-7, Mat Sabu berkeras enggan memohn maaf. Sebaliknya, Mat Sabu menyerahkan kepada peguamnya dan bersetuju untuk didakwa di mahkamah.

Mat Sabu didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”.

Seperti lagak sombong, Mat Sabu tidak mahu mengulas kenyataan dan sebarang pertanyaan sebaliknya mengatakan tiada maaf, saya sudah serahkan semuanya kepada peguam. Tunggu sahaja nanti

Sebelum ini, Wan Ahmad menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mat Sabu, PAS, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas.

Tuntutan maaf tersebut adalah berikutan kenyataan Mat Sabu yang berunsur fitnah berikutan kenyataan di dalam akhbar Harakah baru-baru ini yang menggesa Wan Ahmad perlu meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi.

Ini suatu lagi contoh kepimpinan PAS yang secara terang menjatuhkan maruah orang lain dengan fakta yang salah dan bohong. Seolah-olah saman menjadi taruhan, maka Mat Sabu mengambil cara itu demi ‘menyucikan’ namanya yang sebenarnya sudah tidak ada nilai di kalangan ahli-ahli PAS. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger