#MANIFESTOBUKANJANJI PAKATAN WAJAR TUNAIKAN MANIFESTO 2008 DAHULU SEBELUM UMUM MANIFESTO BAHARU



Rakyat dan pengundi di Malaysia wajar mengingati kata-kata Menteri Besar Selangor bahawa Manifesto itu bukan janji dengan merujuk kepada pemberian air percuma di Selangor.

Justeru, rakyat dan pengundi jangan terlalu yakin kepada manifesto Pakatan Pembangkang yang terbaru kerana itu bukan janji dan pasti tidak akan ditunaikan seperti mana yang berlaku dalam Manifesto PRU 2008 di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kini, ingat janji tidak ditepati adalah politik pakatan pembangkang. Kalau benar mereka berpegang kepada janji, tunaikan dahulu janji-janji PRU 2008 dan baharulah buat janji baru. Jangan ingat semua rakyat dan pengundi boleh dicucuk hidung?

Terbaru, Manifesto Pakatan Pembangkang tidak melihat kesan ke atas kewangan negara sebaliknya bersikap populis.

Antara janji pembangkang sebelum ini ialah pendidikan percuma dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta memberi subsidi kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tanpa memikirkan kewangan yang bakal ditanggung negara.

Ternyata semua janji ini untuk mengaburi mata pengundi. Rakyat pastinya masih mengingati apa yang dijanjikan dahulu masih belum ditunaikan dan bagaimana boleh terima janji-janji baharu.

Baru-baru ini pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mengumumkan manifesto mereka dikenali ‘Pakatan Harapan Rakyat.’

Manifesto PRU13 Pakatan Pembangkang antara lain berjanji menurun harga minyak, menawarkan caj elektrik dan bekalan lebih rendah, menurunkan harga kereta menerusi penghapusan cukai eksais, mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 seunit, menghapuskan tol dan monopoli serta menawarkan satu juta pekerjaan baharu dan gaji minimum RM1,100 sebulan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger