Pakatan Pembangkang akan melancarkan manifestonya pada minggu depan
bersempena dengan konvensyen keempat Pakatan Pembangkang yang bertemakan “Pakatan
Harapan”.
Pakatan Pembangkang mengambil kesempatan di atas ketibaan PRU-13 yang
menjadi mereka kegelisahan sehingga membuatkan Pakatan Pembangkang ‘terpaksa’
melancarkan manifesto lebih awal. Dikatakan manifesto ini merangkumi empat
teras utama seperti Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan
Kerajaan Rakyat.
Apa yang menjadi persoalan perkataan ‘Rakyat’ telah dijadikan modal bagi
menarik sokongan pengundi biarpun menyedari peluang itu tipis memandangkan
krisis dan pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan
Kelantan sebenarnya menyeksakan rakyat.
Paling menjelikkan manifesto Pakatan Pembangkang ini ialah ianya boleh
ditokok tambah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Nampak jelas Pakatan
Pembangkang ini seolah-olah main tarik tali dengan rakyat dengan memperlekehkan
rakyat yang terpengaruh dengan manifesto Pakatan Pembangkang.
Apa yang pasti manifesto Pakatan Pembangkang akan mempunyai perkara-perkara
yang terdapat dalam Buku Jingga. Pakatan Pembangkang mengharapkan Perdana
Menteri akan membubarkan Parlimen sejurus selepas mereka membentangkan
manifesto.
Yang pasti tiada hukum HUDUD dalam manifesto Pakatan Pembangkang pada
PRU-13.







