MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG BUKAN JANJI KEPADA RAKYAT



Pakatan Pembangkang yang diwakili DAP, PKR dan PAS telah melancarkan manifesto mereka bagi menghadapi PRU-13. Manifesto ini bertujuan untuk meraih undi rakyat biarpun menyedari kemampuan mereka melaksanakannya adalah suatu persoalan.

Dalam manifesto Pakatan Pembangkang, antara 10 bidang teras yang menjadi tumpuan mereka antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, PKR dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Walaupun menyedari mereka sukar untuk melaksanakannya dengan mengambil kira pengalaman di beberapa negeri tadbiran Pakatan Pembangkang namun demi undi mereka sanggup membohongi rakyat.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri pernah berkata “MANIFESTO ITU BUKAN JANJI PILIHAN RAYA” jadi rakyat tidak perlu terpengaruh dengan manifesto ini yang hanya bersifat populis dan menipu rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger