KEHADIRAN PSY KE PULAU PINANG BUAT ANWAR IBRAHIM LARI KE SARAWAK



Kehadiran penyanyi yang terkenal dengan aksi kudanya, Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang telah mencetuskan fenomena baru ke atas penduduk Pulau Pinang bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Akibatnya Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang gerun dengan kehadiran orang ramai yang hadir ke Pulau Pinang dan memakai baju berwarna biru bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah terbang ke Miri, Sarawak bagi menghadiri ceramah Pakatan Pembangkang anjuran PKR Miri.

Psy hadir ke Pulau Pinang bersama 10 barisan penarinya bagi mengadakan persembahan di negara ini sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Persembahan Psy telah dihadiri lebih 80,000 orang penonton walaupun persembahan pentas hanya dimulakan jam 12.15 tengahari.

Penyanyi itu telah mengenakan pakaian berwarna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Walaupun penat di mana terpaksa mengharungi penerbangan selama 20 jam, namun persembahan Psy masih tetap hebat dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas jemputan tersebut.


Sementara itu, ceramah Anwar Ibrahim di Miri yang berlangsung pada jam 6.00 petang tadi dengan tema “Ceramah Perdana Tahun Baru Cina Bersama Anwar Ibrahim bertempat di hadapan Klinik Dr Michael Teo yang juga bakal calon PKR di Parlimen Miri.

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang Sarawak masih belum menetapkan parti mana dan calon mana yang akan bertanding di Parlimen Miri bagi menentang calon BN-SUPP dalam PRU-13 akan datang. Ini kerana kedua-dua parti PKR dan DAP masing-masing berkeras mahu meletakan calon mereka di Parlimen Miri.

Adalah tidak mustahil kedua-dua parti ini akan meletakkan calon di Parlimen Miri sekiranya Anwar Ibrahim tidak dapat menyelesaikan pertindihan kerusi tersebut. Sebelum ini kerusi Parlimen telah diberikan PAS untuk menentang calon BN-PBB biarpun kawasan itu sebelum ini pernah ditandingi PKR menerusi Dr Michael Teo pada PRU 2008.

Justeru, kehadiran Anwar Ibrahim di Miri bukan sekadar untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama Pakatan Pembangkang sebaliknya juga menyelesaikan pertikaian antara PKR dan DAP di Parlimen Miri. Persoalannya, apakah Dr Michael Teo calon PKR Sarawak akan berupaya melobi Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Miri? Juga, apakah DAP akan berkeras terhadap Anwar Ibrahim bahawa mereka sangat layak untuk bertanding di Parlimen Miri berbanding PKR yang hanya mengundang kekalahan seperti mana pada PRN Sarawak ke-10?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger