DR PORNTHIP ROJANASUNAND SALAHKAN KERAJAAN MALAYSIA



Keputusan Dr Pornthip Rojanasunand untuk tidak hadir ke Malaysia dikatakan disebabkan oleh campurtangan Kerajaan Malaysia. Bagaimanapun dakwaan ini disangkal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengatakan ianya tidak benar dan dogeng.

Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali dan bersifat bohong.

Sebelum ini, ketidakhadiran Dr Pornthip Rojanasunand ke Malaysia bagi melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C Sugumaran telah diperbesarkan media-media milik Pakatan Pembangkang hingga membabitkan Kerajaan Malaysia.

Dalam media tersebut dikatakan Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu. Ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Tidak cukup dengan itu dakwaan mengatakan Dr Pornthip Rojanasunand enggan mengadakan bedah siasat kedua terhadap mayat pengawal keselamatan C. Sugumar oleh kerana kerajaan Malaysia tidak gembira dengan hasil kerjanya dalam kes Teoh Beng Hock.

Lebih mengejutkan N Surendran menjelaskan Timbalan Setiausaha Tetap MOJ (Kementerian Kehakiman Thailand) telah memberitahunya terdapat mesej daripada Perdana Menteri bahawa Kerajaan Malaysia tidak gembira dengan kerja saya, terutamanya dalam kes TBH.

Dalam kejadian pada 23 Januari lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
February 16, 2013 at 11:56 AM

Si Doktor bengeng Pornthip nie cuma qualfied utk buat post mortem cerite PORNography' boleh le sempena amik initial nama dia PORN. Klu nak buat siasatan utk kes jenayah, yg sebenarnya da yg penjenayah sbb doctored utk publish lapuran palsu. Bahalol punya doctor dan si Surendran tu pariya yg dungu.

Anonymous
February 16, 2013 at 1:16 PM

Kecoh2 mcmneh buat aq tambah takot nak sokong pakatan...kalo penjenayah kemain mrk bela...mcmana nasib kite rakyat Malaysia andaikata pakatan yg mmrintah...jenayah dan sgl kemungkaran akan berleluasa sbb langsong xbole buat penguatkuasaan undang2 ....bg pakatan hak asasi penjenayah lebih penting dari rakyat yg len....

Anonymous
February 16, 2013 at 1:35 PM

PR tak kira bangsa atau status rakyat utk dibela...walaupun dia penjenayah dia ada hak dan jgn dibiar mati katak...yg bersalah tetap mesti dihukum..walaupun yg mati tu org india yg pukul org melayu...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger