Perkara ini bukan baru bahkan sudah menjadi objektif penubuhannya DAP yang
merupakan serpihan PAP tidak akan sesekali menjaga kebajikan rakyat Melayu dan
Islam itu sendiri. Malah, selama ini semasa memerintah Selangor dan Pulau
Pinang itu semua hanya ‘lakonan’ semata-mata.
Malah, kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan
orang Melayu dan umat Islam agar tidak tertipu dengan pembohongan DAP kononnya
mahu menjaga kebajikan kumpulan masyarakat tersebut.
Juga, adalah tidak mustahil jika Pakatan Pembangkang memerintah agama Islam
dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah DAP yang
tidak pernah menghormati sentimen masyarakat itu.
Malah, sejak akhir-akhir ini umat Islam tercabar oleh pemimpin DAP yang
sering memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering
menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina.
"Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pernah
mencetuskan provokasi terhadap usaha orang Islam mengadakan bantahan terhadap
filem Innocence of Muslims, kemudian Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendesak
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
"Pengerusi DAP, Karpal Singh juga begitu 'biadab' mengarahkan Majlis
Ulama Syura PAS mengkaji semula keputusan berhubung kalimah Allah. Mereka
membiarkan kita bercakaran antara satu sama lain.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan
Melayu, Hasan Hamzah semalam yang menyifatkan orang Melayu termasuk pemimpin
PAS yang menyokong DAP ibarat 'terjun ke gaung' kerana pendirian DAP yang tidak
pernah menjunjung dasar-dasar Islam di negara ini.
Dalam masa sama, Tunku Abdul Aziz hairan dengan sikap pemimpin PAS yang
sanggup membiarkan hak orang Melayu dan agama Islam dipertikai pihak lain demi
mengejar impian untuk berkuasa.
Menurut beliau, pemimpin PAS sepatutnya sedar pihak luar termasuk segelintir
pemimpin cauvinis DAP tidak akan memberikan tempat kepada orang Melayu malah
tidak akan membantu kelangsungan golongan itu sekiranya berkuasa kelak.
Namun, disebabkan kepentingan politik dan menuju Putrajaya, pemimpin PAS
sanggup membutakan mata dan memekak telinga biarpun terpaksa menggadaikan Islam
dan Melayu itu sendiri.








DAP laknatullah terkutuk...no soul and spirit...will burn and rot in hell.
BalasPadam